KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hadiri Majlis Penyampaian Insentif kepada atlet Sarawak yang cemerlang dalam lima temasya sukan bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini petang tadi.
Lima temasya sukan tersebut ialah SUKMA XX Kuala Lumpur 2022, Para SUKMA XX Kuala Lumpur 2022, Sukan SEA 2021 Hanoi Vietnam, Sukan Para Asean 2022 Solo Indonesia dan Sukan Komanwel 2022 Birmingham, England.
Keseluruhannya insentif berjumlah RM755,250 disampaikan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat gangsa, perak dan emas dalam kesemua temasya sukan tersebut.
Mengenai insentif tersebut, ia bertujuan untuk menyuntik semangat para atlet agar terus beraksi cemerlang dalam acara-acara sukan yang akan datang.
Sumber dari : Sarawakku